Karamjit Singh kekal konsisten mempamerkan momentum untuk memburu kejuaraan di pentas rali tanah air apabila meraih podium pertama awal musim ini dengan berada di tempat pertama Kejuaraan Rali Malaysia 2025 di Jempol, Negeri Sembilan.
Lebih manis, Karamjit bersama pemandu arah, Daveender Singh, hanya mempertaruhkan jentera Proton Gen2 dalam kategori terbuka, sekali gus bersaing rapat dengan lain-lain jentera lumba yang mempunyai reputasi besar.
Gandingan itu mencatat masa terpantas keseluruhan 01:06:14s untuk dua hari perlumbaan yang telah bermula sejak Sabtu lalu.
Walaupun Karamjit hadir dengan reputasi besar selaku bekas juara dunia dan legenda sukan rali tanah air, cabaran di Litar Jempol berkenaan bukan mudah sebelum dia dinobatkan selaku juara bagi perlumbaan pembuka musim ini.
“Satu permulaan yang baik buat kami di awal musim ini namun sebenarnya bukan cabaran mudah untuk setiap pelumba menamatkan perlumbaan ini di litar Jempol ini. Bukan hanya saya, rata-rata pelumba lain juga turut mengeluh untuk menghabiskan perlumbaan di sini.
“Saya percaya setiap pelumba yang berjaya menghabiskan perlumbaan di sini, sekiranya mereka berlumba di luar negara, ia pasti menjadi cabaran yang lebih mudah untuk mereka.
“Namun begitu, saya tetap perlu berterima kasih kepada penganjur dan lain-lain pemegang taruh kerana memberi pentas untuk kami kembali beraksi,” ujar Karamjit, yang kini telah berusia 63 tahun.
Tempat kedua kategori terbuka berkenaan dimenangi jentera Subaru Impreza WRX dipandu Sutan Mustaffa Salihin bersama Kamarul Anuar Mohd Razzali selaku pemandu arah dengan catatan masa 01:08:54s.
Tempat ke-3 pula menjadi milik gandingan Saladin Mazlan bersama pemandu arah Arish Qutb Ahmad Khan yang mempertaruhkan jentera Mini Austin.