Skip to main content

Sukan Lain

ONE Championship: TKO! Petarung Jepun tumbangkan Tawanchai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tawanchai-tewas-kepada-noiri.jpg
Petarung Jepun, Masaaki Noiri, muncul Juara Dunia Interim ONE Featherweight Kickboxing apabila menumbangkan Juara Dunia ONE Featherweight Muay Thai, Tawanchai PK Saenchai, dalam pertrungan ONE 172 di Saitama, Jepun sebentar tadi.

Noiri, yang merupakan juara two-division K-1, mempamerkan aksi berani mati di laman sendiri, bahkan gerakan kaki dan tangannya kerap mendarat di tubuh jaguh Thailand berkenaan.

Menuju ke seminit dan 20 saat terakhir dalam pusingan ketiga, Noiri melepaskan deretan tumbukan ke arah muka Tawanchai dan menerusi satu hook tangan kiri, Noiri disahkan sebagai pemenang selepas pengadil mendapati Tawanchai tidak lagi mampu meneruskan pertarungan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video