Bekas Juara Dunia ONE Featherweight Muaythai, Rodtang Jitmuangnon, kembali ke gelanggang pertarungan dengan penuh bergaya apabila mudah menumbangkan jaguh Jepun, Takeru Segawa, dalam acara utama ONE 172 Kickboxing di Saitama, Jepun malam tadi.
Rodtang melepaskan hook tangan kiri yang tepat ke muka Takeru sehingga wakil Jepun itu terduduk dan tidak lagi dapat meneruskan pertarungan.
Peminat bersorak gembira melihat atlet kebanggan Thailand itu sekadar memerlukan memerlukan 15 saat untuk membawa pulang hadiah wang kemenangan $50,000 (RM221,149).
Menerusi hantaran di Instagramnya, Rodtang kelihatan bersemangat menjelang aksi seterusnya pada masa akan datang.
"Terima kasih untuk segalanya.
"Saya sangat gembira dapat menunjukkan semuanya.
"Dengan tekanan yang saya ada, saya dapat melakukannya.
"Jumpa dalam perlawanan seterusnya," katanya.