MUAY THAI
ONE Championship: Terima kasih semua yang sokong saya --Aliff Rakib
Aliff Rakib menambah rekod kemenangannya dalam ONE championship apabila menumbangkan lawan dari Russia, Shamil Adukhov, secara Knockout (KO) dalam pertarungan ONE Fight Night 28 di Bangkok hari ini.
Beraksi dalam kategori Catchweight, petarung negara itu hanya memerlukan 70 saat untuk menumbangkan lawan dengan melepaskan hook tangan kiri yang disusuli jab tangan kanan tepat ke arah muka Adukhov, yang terduduk sebelum disahkan tidak dapat meneruskan pertarungan.
Kemenangan itu menyaksikan Aliff melebarkan rekod kemenangannya kepada 7-2 dalam kejohanan itu.
Iklan
Aliff, dalam satu kiriman Instagram Story sebentar tadi berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.
"Assalamualaikum, terima kasih semua kerana sudah menyokong Aliff. Terima kasih!" katanya.
Must-Watch Video