Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, berasa teruja untuk kembali semula bertarung dan tekad turun beraksi dengan semangat yang baru.
Dia yang mesra disapa 'Jojo' turut menyatakan keyakinanya untuk menampilkan peningkatan dalam pertarungan yang akan datang berdepan jaguh dari Maghribi iaitu Zakaria El Jamari dalam kategori flyweight.
Dengan enam kemenangan sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu pastinya mahu mengukir kejayaan selepas ditewaskan Johan Estupinan dan Diego Paez menerusi keputusan juri.
"Secara jujurnya, peluang ini sangat bermakna buat saya. Selepas kekalahan terakhir, saya memang tak sabar untuk kembali bertarung. Kali ini saya turun beraksi dengan semangat baharu. Saya masih Jojo yang sama, tapi versi saya yang kali ini jauh lebih baik.
"Dia ada sedikit kemahiran dalam tinju, itu saja. Tak ada yang mengagumkan. Saya yakin saya berada satu tahap di atas dia dalam semua aspek pertarungan.
"Saya tak sabar nak tunjuk peningkatan saya kali ini. Sudah tiba masanya untuk buktikan bahawa saya lebih daripada sekadar seorang penyerang yang suka mara ke hadapan dan membelasah lawan." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Dapatkan Sekarang

Latih Dengan Selamat & Bijak
Sarung tangan Muay Thai yang selesa & tahan lasak, direka untuk training dengan teknik betul sambil menjaga keselamatan.
Dapatkan Sekarang