Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, optimis dirinya berada dalam keadaan terbaik menjelang pertembungan berdepan petarung dari Morocco, Zakaria El Jamari, di Thailand, minggu depan.
Johan yang turut lebih mesra disapa 'Jojo' itu berasakan tekniknya semakin 'berevolusi' dengan dia yakin sedang mendahului lawannya dalam pertarungan ONE Fight Night 35 dalam semua aspek.
"Pusingan pertama akan pantas, pusingan kedua juga sama. Lagi kerap dia menyerang, lebih mudah untuk saya membaca pergerakannya dan mencari ruang untuk membalas,” kata Johan dalam wawancara bersama ONE Championship.
"Sama ada dari segi teknik, strategi atau kekuatan, saya yakin saya mendahului dia dalam semua aspek. Saya sudah berevolusi." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Terdahulu, atlet berusia 18 tahun itu tewas dalam dua pertarungan berturut-turut kepada Johan Estupinan dan Diego Paez menerusi keputusan juri.
Untuk rekod, dia kini telah menang enam daripada Sembilan pertarungan di ONE Championship.
Ayuh berikan sokongan buat Jojo minggu depan!