Skip to main content

Sukan Lain

ONE Championship: Saksikan pertarungan Jojo-Estupinan secara langsung di kaca TV anda!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo-vs-estupinan.jpg
Lebih kurang sehari sahaja lagi sebelum jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, akan naik ke pentas pertarungan ONE 170 untuk berdepan jaguh dari Colombia, Johan Estupinan.

Aksi yang bakal berlangsung di Impact Arena, Bangkok pada jam 7.30 malam ini bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 2 saluran 802 dan  Astro Sports Plus81 akan menjadi pertarungan yang paling dinantikan memandangkan kedua-duanya memiliki rekod pertarungan cemerlang.

Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo, yang setakat ini hanya merekodkan satu kekalahan daripada keseluruhan pertarunganya sebelum ini di One Championship, pernah menyatakan bahawa dia adalah lawan sebenar yang Estupinan perlu hadapi memandangkan lawan yang ditemui pertarung itu sebelum ini tidak memiliki kekuatan yang setara dengannya.

Estupinan, yang memiliki rekod kosong kekalahan daripada empat pertarungan dalam kancah One Championship, pula optimis dia mampu menumbangkan Jojo dalam pertarungan esok.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan sengit ini di depan kaca tv anda bermula jam 7.30 malam ini!
 

Advertisement

Must Watch Video