MUAY THAI
ONE Championship: Rifdean Masdor bakal kembali gegar Sukan SEA tapi sebelum itu...
Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor, bakal kembali menggegarkan arena Sukan SEA Thailand pada penghujung tahun ini tetapi sebelum itu, ada tugasan yang tidak kurang penting buatnya.
Rifdean merupakan pemenang pingat emas acara 45kg dalam Sukan SEA di Filipina pada 2019 tetapi kategori itu tidak dipertandingkan dalam edisi di Vietnam dua tahun selepas itu.
Dengan kategorinya akan kembali dipertandingkan di Thailand, Rifdean bersedia untuk mempertahankan gelarannya tetapi sebelum itu, dia akan berdepan petarung Laos dalam ONE Friday Fights 107 di Lumpinee, Bangkok pada Jumaat ini.
Iklan
"Ketika di Filipina pada 2019, saya mendapat pingat emas, jadi Insya-Allah, dalam Sukan SEA di Thailand nanti akan ada Muay Thai, saya akan dapatkan emas untuk anda semua, untuk negara kita, Malaysia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Insya-Allah saya akan buat yang terbaik. Terima kasih terus menyokong dan mendoakan saya.
"Pada 9 Mei ini, jangan lupa pertarungan saya dalam ONE Championship. Doakan saya menang lawan petarung Laos."
Jaguh Muay Thai Negara, Rifdean Masdor COMEBACK untuk Sukan SEA Thailand 🔥Next fight di ONE Friday Fight pada 9 Mei, let's go! 🔥🔥🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/MvFVCjVk3D— Kamal Nizam (@kamalnizamm) May 4, 2025
Must-Watch Video