Kurang 24 jam sebelum aksi yang dinanti-nantikan buat semua peminat muay thai tanah air, iaitu pertemuan antara Johan Ghazali dan Zakaria El Kamari dalam One Fight Night 35.
Bagi Jojo sendiri, dia kini berada dalam keadaan sempurna untuk menghadapi perlawanan itu serta menjanjikan strategi dan gaya perlawanan yang berbeza, secara tidak langsung bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut.
"Saya sudah berlatih 100 peratus, Mental dan fizikal saya di tahap 100 peratus.
"Kem latihan saya berjalan lancar tanpa kecederaan.
"Insya-Allah esok berjalan lancar dan kemenangan untuk Malaysia.
"Saya banyak belajar dengan petarung dengan handalan, mereka berikan strategi yang bagus.
"Saya akan tukar gaya dan pertarungan akan datang lebih bagus lagi," katanya.
Sementara itu, walaupun Zakaria sebelum ini pernah ditumbangkan atlet muay thai negara, Aliff Rakib, Jojo tetap mengambil pendekatan untuk tidak memandang rendah lawannya itu.
Dia sebaliknya akan mengerahkan segala kudratnya untuk menghiburkan semua penonton.
Seramai mana peminat yang mengecam Kojo di atas dua kekalahannya sebelum ini, lebih ramai lagi yang ingin melihat Jojo bangkit dalam mendapatkan kemenangan pertamanya tahun ini.
"Saya tidak pernah pandang rendah kepada pihak lawan," katanya.