Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, mencipta sensasi selepas kemenangan ke atas Zakaria El Jamari, dengan dia dijangkakan kembali ke gelanggang One Championship bagi perlawanan seterusnya pada Disember ini.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan 'jojo' mengakui menerima 'call out' daripada beberapa petarung lain, namun Jojo masih menunggu pengesahan rasmi daripada pihak penganjur siapa lawan yang bakal beradu kekuatan bersamanya nanti.
Petarung berusia 18 tahun itu ternyata bersemangat untuk meneruskan kebangkitannya, lebih-lebih lagi selepas secara sah menandatangani perjanjian tajaan bersama sebuah syarikat pengeluar minyak pelincir tempatan hari ini.
"Bila mereka mahu menaja saya terkejut juga kerana jenama besar, jarang atlet muay thai dapat penajaan besar.
"Insyaallah bulan Disember tetapi belum ada pengesahan lagi, jadi berharap dalam masa terdekat Jojo boleh berlawan. Banyak call out tetapi Jojo suruh One Championship pilih." katanya.
Kerjasama terjalin dengan kontrak yang dimeterai selama setahun, tajaan berbentuk wang ringgit disalurkan kepada petarung dari Sarawak itu untuk menyokong perjuangannya di pentas dunia.
Dapatkan Sekarang

Berminat Untuk Boxing?
Boxing glove ini sesuai untuk semua — dari yang baru belajar sampai yang dah pro!
Dapatkan Sekarang