Skip to main content

Sukan Lain

One Championship: Johan Ghazali seru sokongan padu partarungan di pagi raya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo_1.jpg
Tempoh 24 jam sebelum bermulanya One Championship ONE Fight Night 32 membabitkan dua petarung muda negara iaitu Johan Ghazali dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib bermula jam 9 pagi esok.

Lawan Johan Ghazali adalah petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, yang sebelum ini tidak melepasi peringkat 'ujian hidrasi' selepas dua kali melakukan percubaan.

Jojo beranggapan kekurangan itu merupakan satu kelebihan buat dirinya memberikan pertarungan terbaik meskipun bakal menyambut perayaan Aidiadha pada esok.






"Untuk Jojo semua berjalan lancar, walaupun Diego terlepas ujian hidrasi untuk satu kelebihan buat saya. Tiada masalah, tiada sakit mahupun demam. Ini detik yang penting selepas penat turut berat badan.

"Sekarang waktu berehat makan dan minum dan banyak. Jojo tiada pilihan waktu tetapi lawan tetap lawan. Untuk semua selamat menyambut hari raya tetapi selepas jalankan sembelihan bagi aktiviti ibadah korban itu sokonglah Johan dan Aliff." katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara iaitu Aliff Rakib, berharap sokongan padu dapat diberikan kepada dirinya meskipun bakal bertarung pada hari raya.

"Selamat hari raya, terima kasih kerana menyokong saya. Selalu beraya dengan keluarga tetapi tahun ini berbeza." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video