Skip to main content

Sukan Lain

One Championship: Dia bakal jadi juara dunia -- Nguyen Tran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo_2.jpg
Juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, menganggap Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, bakal menggegar arena sukan tempur itu pada masa akan datang.

Nguyen menambah koleksi peribadi kepada 15 kemenangan susulan kekalahan kali pertama atlet dari Sarawak itu.

Sepanjang tiga pusingan tiga minit itu, Jojo tidak pernah mengundur, berusaha untuk mengasak lawan tanpa henti sebaliknya Nguyen mengambil pendekatan untuk melakukan serangan balas.

"Saya perlu mengakui bahawa Jojo sangat muda dan mempamerkan kekuatan yang hebat di sebalik mempunyai mentaliti yang seimbang.

"Suatu hari nanti, dia pasti menjadi atlet yang hebat dan bakal bergelar juara dunia dalam ONE Championship," kata Nguyen.

Advertisement

Must Watch Video