ONE Championship: Bernard Radin mahu Johan Ghazali tidak terlalu yakin
Saufi Tahir
Jun 5, 2024 19:52 MYT
Jun 5, 2024 19:52 MYT
Jurulatih Muay Thai negara, Bernard Radin, mempercayai pertemuan Johan Ghazali berdepan Nguyen Tran Duy Nhat akan menjadi perlawanan terbesar dalam karier Johan yang lebih popular disapa Jojo walaupun peninju Vietnam itu mempunyai pengalaman dalam arena Muay Thai dunia.
Bernard juga berharap Johan seharusnya tidak terlebih yakin apabila berdepan atlit Vietnam itu, kerana kelebihan pasti berpihak kepadanya jika dia tidak terlalu mengikut rentak Nguyen dalam aksi pada pada Sabtu nanti.
Untuk rekod, Nguyen merupakan juara lima kali World Muay Thai sebelum ini dan bakal memberikan saingan sengit buat Jojo nanti.
"Peninju Vietnam lebih teknikal dan akan mencuri ke atas keberanian Johan serta ketidaksabarannya memandangkan dia lebih berpenggalaman dan Johan perlu berhati-hati.
"Jangan beri Nguyen peluang untuk bernafas. Nguyen telah banyak kali bertanding dan matan maka dia mengetahui tahap kecergasan Johan berada pada tahap yang terbaik.
"Pada usia sekarang dan semangat Johan yang sentiasa menang, saya harap dia tidak akan berasa terlalu yakin dalam perlawanan nanti." katanya kepada Astro Arena.