ONE FC
ONE 172: Tawanchai kembali dicabar, Superlek jumpa petarung tinggi lampai
Selepas mempertahankan Kejuaraan Dunia Featherweight Muay Thai dalam pertarungan ONE 170 minggu lalu, Tawanchai PK Saenchai pantas dijadual untuk berentap di Jepun.
Petarung berusia 25 tahun itu membuktikan kewibaannya dengan menumbangkan rakan senegaranya tersebut seawal pusingan kedua dan di Saitama Super Arena hujung bulan, pencabar tempatan, Massaki Noiri, akan menantikannya.
Mereka berpeluang merebut tali pinggang Interim Featherweight Kickboxing dalam ONE 172.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilik gelaran Penyatuan Dunia Muay Thai kelas bantamweight yang berketinggian 192cm, Nabil Anane, pula akan berdepan Superlek Kiatmookao.
Pertarungan pada malam itu tertumpu kepada Takeru Segawa dan Rodtang Jitmuangnon dalam flyweight kickboxing.