ONE FC
One 170: Jojo tidak gerun pergerakan pantas Estupinan
Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, tidak gusar sebaliknya menyifatkan kepantasan yang dimiliki lawannya, Johan Estupinan, bukanlah satu ancaman yang merisaukan menjelang pertarungan One Championship 170 di Impact Arena, Jumaat ini.
Atlet yang berasal dari Columbia terkenal dengan kecepatan serangan selain mahu mencatatkan rekod bersih selepas tidak tewas dalam empat perlawanan sebelum ini.
Pertembungan kategori flyweight muay thai bakal menjanjikan aksi sengit di antara Jojo bertemu Estupinan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siapakah Johan yang sebenar? Saksikan pertarungan epik tersebut secara langsung di Astro.