ONE FC
ONE 170: Jojo kongsi dua pelan bertemu Estupinan
Johan Ghazali melihat ada dua senario bagi pertarungan dengan lawannya dari Colombia Johan Estupinan dalam saingan ONE 170.
Impact Arena di Bangkok, Thailand, bakal menyaksikan petinju Muay Thai sensasi negara, Johan Ghazali bakal kembali ke gelanggang keramat bagi pertarungan pertama bagi musim 2025.
Bertemu lawan yang memiliki persamaan daripada segi pertarungan, Johan mendedahkan terdapat dua senario menjelang aksi yang bakal membuka tirai jam 8.30 malam ini.
Iklan
Petinju yang turut mesra disapa 'Jojo' berkata, "Pelan A adalah menghadapi pertarungan ini dengan bijak, menggunakan rentak dan masa dalam melakukan serangan, mengumpan untuk dia membuka ruang dan jika saya menemui jalan, saya akan cuba menumbangkannya."
Bagaimanapun, Ghazali turut memiliki kualiti untuk mempamerkan aksi yang agresif malah tidak keberatan memberikan pengalaman itu kepada Estupinan.
"Pelan berikutnya, sudah tentu, kami akan bertarung dan saya akan melakukan yang terbaik untuk menewaskannya."
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan sengit ini di depan kaca tv anda bermula jam 7.30 malam ini. Anda juga boleh menyaksikan menerusi Astro GO dan Sooka.
Must-Watch Video