ONE FC
ONE 170: Estupinan tidak jangka penumbuk Johan Ghazali berbisa
Bintang One Championship dari Colombia, Johan Estupinan, tidak menjangkakan penumbuk yang dimiliki jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, sangat kuat.
Dalam saingan ONE 170 semalam menyaksikan dia yang lebih dikenali dengan gelaran 'Panda Kick' mengalami dua jatuhan dalam pusingan pertama selepas menerima tumbukan padu itu.
Iklan
Begitupun, aksi di Impact Arena, Bangkok itu tidak memihak kepada wakil negara apabila tewas menerusi keputusan pengadil dengan perbezaan satu mata sahaja dengan lawannya.
Perkara itu dijelaskan penyampai Era, Radin, kepada Johan sebelum sidang media yang berlangsung selepas perlawanan berakhir semalam.
"Malaysia bangga dengan anda, Estupinan cakap dia tidak jangka penumbuk Jojo kuat. Dia kata itu tadi." jelas Radin.
Must-Watch Video