SUKAN LAIN
Olimpik Musim Sejuk: Saya telah beri yang terbaik, jelas Julian
Harapan untuk menyaksikan atlet luncur ais negara, Julian Yee, meneruskan kemaraan ke pentas akhir tidak kesampaian apabila gagal dalam aksi kelayakan acara short program dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 hari ini.
Melayakkan diri buat kali pertama di pentas ini sudah cukup buat Julian diberikan kredit kerana ia bukan suatu tugas mudah.
Turun dalam acara kelayakan yang disertai 30 peserta secara keseluruhannya, aksi Julian yang dibimbing bekas jurulatih dan peluncur ais Jerman, Michal Hopfes, bermula dengan agak baik dan konsisten daripada segi pergerakan dan gerak yang sempurna.
Dia mengakhiri saingan di tempat ke-25 dengan jumlah pungutan 73.58 mata, hanya dibezakan 1.15 mata daripada peserta di kedudukan ke-24 dari Jerman, Paul Fritz. Hanya 24 peserta layak secara automatik ke pentas final.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Julian kerana ia merupakan penampilan sulung atlet negara.
""Saya tidak terlalu gementar kerana saya tahu saya lakukan yang terbaik. Keputusan bukan di tangan saya, jadi saya agak kecewa tetapi saya akur dengan keputusan itu," katanya.