Skip to main content

Sukan Lain

Oleksandr Usyk akhirnya lepaskan gelaran WBO

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

32d47bf8d6d98d28d5cf8d517103805c75f8381d815a1027abb15267664a567b-1200-675.jpeg
Juara Heavyweight WBO, Oleksandr Usyk akhirnya memilih untuk melepaskan gelaran tersebut selepas dia memutuskan untk tidak meneruskan pertarungan wajib dengan menentang peninju Britain, Fabio Wardley.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh WBO, peninju berusia 38 tahun itu membuat keputusan tersebut tanpa sebarang prejudis.

Dengan keputusan terbaharu daripada Usyk itu, Wardley dijangka akan dinobatkan sebagai juara heavyweight yang baharu dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun usyk masih lagi kekal selaku pemegang gelaran juara WBA, WBC dan juga IBF setakat ini.

Usyk menjadi juara empat tali pinggang pada Mei 2024 selepas menewaskan Tyson Fury sebelum melepaskan gelaran IBF bulan berikutnya ekoran kewajipan pertarungan semula
 

Advertisement

Must Watch Video