Skip to main content

Para ASEAN

Olahraga: Ziyad, Hisham kutip emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ziyad_2.jpg
Pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ziyad Zolkefli,  menepati ramalan apabila mengungguli acara lontar peluru F20, Sukan Para ASEAN Ke-9 untuk memastikan emas menjadi miliknya.

Dia turut mencipta sejarah selepas berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan lontaran sejauh 16.81 meter.

Rakan senegara, Mohamad Aliff Mohamad, mengekori Ziyad  untuk meraih perak selepas mencatat lontaran 12.79m.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Mohd Hisham Khaironi, turut membutirkan emas buat Malaysia apabila mengungguli acara rejam lembing F12/13.

Hisham mencatat jarak sejauh 49.45m sekaligus menewaskan pencabar-pencabar lain.

Advertisement

Must Watch Video