Kuartet lelaki Help Universiti mengetepikan cabaran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk catatan terpantas 4x100 meter diamond, 41.99 saat, di Terengganu hari ini.
Hanya dibezakan milisaat dengan kontinjen lelaki UniMAP, ia menjadi kejayaan terbesar buat Help Universiti dalam Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final 2024.
"Ini merupakan tahun terakhir penyertaan kepada kebanyakan kami, jadi kami perlu pertaruhkan segalanya.
"Biarpun berlainan latar belakang, kami bersatu untuk mencapai kemenangan" kata salah seorang pelari, Amirul Danial Hasni.
Tambah rakan sepasukannya, Yan Chun Wan: Saya tidak fikir banyak sebelum memintas pencabar di hadapan."
Saingan wanita pula menyaksikan UPM yang dibarisi pelari kebangsaan, Azreen Nabila Alias, dan Nur Afrina Batrisyia Rizal tiada masalah untuk melepasi garisan penamat sebagai juara.
Dengan catatan 49.35 lima saat, Nur Afrina menyifatkan ia sebagai masih belum memadai berikutan mereka begitu hampir untuk memecahkan rekod kejohanan.
"Kami dapat tebus kehampaan meraih tempat kedua dalam SUKIPT (Sukan Institusi Pengajian Tinggi) yang lalu," katanya pula.
Shaiful Shamsudin
Sat Nov 09 2024