Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga: Tips Azeem Fahmi pacu pecutan Haiqal Hanafi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haiqal-hanafi.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi, mendedahkan rahsia kejayaannya meraih pingat emas dalam Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu.

Haiqal mempraktiskan teknik larian yang dikongsikan pelari sensasi, Muhammad Azeem Fahmi, yang ketika ini 'berguru' di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS).

Atlet berusia 24 tahun itu mengenepikan rasa malu untuk meminta tips daripada Azeem, 19, yang lebih junior daripadanya.

“Sejak Azeem di AS, kami saling berhubung bertanya khabar dan berkongsi pengalaman di sana. Saya nak dapatkan ilmu.

 
 



“Walaupun lebih senior dan berpengalaman tapi rasa benda kurang, saya bertanyakan Azeem. Buat apa kita nak malu.

“Saya tertarik dengan teknik larian Azeem, jadi saya minta tips daripadanya,” katanya kepada Sinar Harian. 

Haiqal meraih slot secara merit ke Sukan SEA Kemboja setelah meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia di Bukit Jalil Sabtu lalu.

Dia membuat catatan 10.46s mengatasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh itu pada Mei depan.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video