Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga: Sorotan terhangat di Kejohanan Dunia Tokyo 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga-dunia.jpg
Kejohanan olahraga dunia 2025 yang sedang berlangsung di Tokyo menyaksikan detik-detik penuh drama, rekod baru dan kejutan yang membuatkan peminat sukan seluruh dunia teruja. Antara momen yang paling menarik setakat ini adalah: 

Mondo Duplantis Pecah Rekod Dunia Lompat Galah buat kali ke 14 

Armand “Mondo” Duplantis dari Sweden sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai Raja Lompat Galah dunia dengan lompatan 6.30 meter, rekod dunia baharu dan rekod dunia ke-14 dalam kariernya. Kemenangan ini juga memastikan dia mempertahankan gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut. 

 
Sydney McLaughlin-Levrone dari ‘queen of hurdles’ kini dominasi 400m Flat 

Bintang olahraga Amerika Syarikat ini, terkenal dengan rekod dunia di 400m berpagar, kali ini beralih ke acara 400m flat dan memenangi emas dengan catatan 47.78 saat yang turut merupakan masa terpantas sejak 1985, hampir menyamai rekod dunia sepanjang zaman. Kejayaan ini juga menjadikannya atlit wanita pertama membolot kedua acara (400m berpagar, dan 400m) di kejohanan dunia. 
 

Jimmy Gressier cipta sensasi dalam 10,000m lelaki 

Atlet Perancis, Jimmy Gressier, mencipta kejutan dengan menjuarai acara 10,000m lelaki, menjadikannya atlet bukan Afrika Timur pertama sejak 1983 yang berjaya memenangi acara ini. Kejayaan ini dianggap antara “Cinderella Story” di Tokyo 2025. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video