Azeem Fahmi muncul pelari terpantas di Malaysia selepas memecahkan rekod 100m negara dengan catatan 10.09 saat dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia, awal pagi tadi.
Pelari sensasi Ipoh berusia 18 tahun itu, yang memecahkan rekod 10.18s yang dilakar Khairul Hafiz Jantan pada 2016, menamatkan saingan di depan pelari pecut Jepun, Hiroki Yanagita (10.24s), dan pemain Argentina, Tomas Mondino (10.34s), dalam saringan kelayakannya untuk melangkah ke separuh akhir.
Secara keseluruhan, hanya pemain Botswana, Letsile Tebogo, lebih pantas daripadanya dengan memegang rekod pelari B-20 dunia dengan 9.96s.
Pecutan Azeem juga lebih deras daripada pelari Thailand, Puripol Boonson (10.20s), yang memenangi acara 100m lelaki Sukan SEA 2021 di Vietnam, di mana Azeem dibatalkan penyertaannya di peringkat saringan itu berikutan kontroversi permulaan perlumbaan.

Imagine breaking your NATIONAL RECORD at 18 ?
— World Athletics (@WorldAthletics) August 1, 2022
Muhd Azeem Fahmi ?? storms to 10.09 to win his 100m heat and advances to the semis!#WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/Apvvrxt9ph