Atlet olahraga para negara, Afiq Ali Hanafiah, melakar sejarah tersendiri apabila menempatkan diri dalam final acara 100 meter T12 selepas menduduki tempat kedua dalam saingan kelayakan Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Tampil sebagai peserta tunggal negara dalam acara ini, Afiq membawa keazaman tinggi untuk melakukan catatan peribadi terbaik dalam penampilan sulungnya di pentas Sukan Komanwel.
Mempertaruhkan catatan terbaik 11.32 saat, Afiq memperbaharui rekod itu menerusi kepantasan 11.20s.
Meskipun tewas kepada atlet Afrika Selatan, Ntutu Ndomdomzi, pencapaian itu bagaimanapun tetap memadai untuk membawa Afiq ke final selaku peserta keempat terpantas keseluruhan untuk aksi final pada malam ini.
"Sekarang ini segalanya baik, termasuk teknik larian, cuma terdapat sedikit kesilapan yang boleh dikawal. Jadi, untuk saringan, saya sudah cuba yang terbaik dan jika ada rezeki, mungkin dapat ke final," ujar Afiq.
Penulis Jemputan
Thu Apr 12 2018