Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga: Rekod 42 tahun 400m lebur!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sydney.jpg
Sydney McLaughlin-Levrone mencipta sensasi apabila berjaya memecahkan rekod yang bertahan selama 42 tahun acara 400 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun, semalam. 

Dengan catatan 47.78 saat (s), wakil Amerika Syarikat (AS) itu memperbaharui rekod kejohanan terdahulu (47.99s) milik Jarmila Kratochvilova pada 1983.

Ia, sekali gus menjadikan atlet berusia 26 tahun itu sebagai pelari kedua terpantas dalam sejarah kategori tersebut dan menghadiahkan pingat emas untuk negaranya.

 

Sydney hampir mencabar satu lagi rekod dunia iaitu 47.60s yang berusia 40 tahun, namun tidak kesampaian untuk menewaskan catatan milik Marita Koch itu.
Running

Lari Lebih Jauh

Xtep 2000km direka khas untuk ketahanan maksimum. Sesuai untuk latihan dan marathon anda!


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video