Olahraga Para Dunia Kobe: Ahmad Fizzi duduki tangga keenam final 400 meter

Najmi Iman
Mei 19, 2024 22:38 MYT
Atlet para olahraga negara, Ahmad Fizzi Rosni, menamatkan aksi final 400m kategori T-36 di kedudukan keenam dengan catatan 57.84s di saingan Olahraga Para Dunia Kobe 2024, di Jepun.
Pesaing terhebatnya, William Stedman dari New Zealand, muncul juara dengan catatan 53.36s manakala, James Turner dari Australia, yang menamatkan larian di tempat kedua dengan 53.52s.
"Saya mengakui bahawa faktor cuaca mempengaruhi larian saya sehingga tidak boleh mempamerkan aksi yang berkualiti," katanya.

Atlit para olahraga 400 Meter T36, Ahmad Fizzi Rosni hanya berjaya menamatkan larian di kedudukan ke-6 dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia Kobe 2024 di Jepun, pagi tadi. Bagaimanapun, fokus tertumpu untuk perbaiki rekod peribadi di Paralimpik Paris nanti. @ASTROARENA pic.twitter.com/x4lll0F9GT

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) May 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas ini, Fizzi menegaskan bahawa fokusnya tertumpu kepada persiapan ke temasya berprestij iaitu Sukan Paralimpik Paris bermula 28 Ogos hingga 8 September, selain meletakkan sasaran memperbaiki rekod peribadi dari 56.80 56.50s.
"Selepas ini, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian ketika Sukan Paralimpik Paris nanti.
"Saya akan berjuang sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang baik," tambahnya.
#Paralimpik #Olahraga #Ahmad Fizzi Rosni #Olahraga Para Dunia Kobe 2024
;