Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Norliyana pecah rekod heptatlon 36 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norliyana-kamaruddin.jpg
Acara olahraga kategori heptatlon wanita menyaksikan wakil negara, Norliyana Kamaruddin, berjaya mencipta rekod kebangsaan selepas meraih 5,247 mata dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Zaiton Othman selepas meraih 5,175 mata dalam saingan Sukan SEA Manila pada tahun 1981.

Bagaimanapun, selepas melakukan penampilan sulung dalam Sukan SEA 2007 di Korat, akhirnya Norliyana berjaya memecahkan rekod berusia 36 tahun itu walaupun terlepas peluang untuk meraih sebarang pingat selepas sekadar menduduki tempat keempat keseluruhan.

Dia menamatkan saingan di belakang pemenang emas dari Thailand, Sunia Khotseemueang, yang mengutip 5,430 mata, diikuti oleh wakil dari Indonesia, Emilia Nova, dan rakan senegara Sunia, Wassana Winatho.

Emilia meraih 5,386 mata sementara Wassana mencatat 5,286 mata.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video