Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga: Nor Sarah belum muktamad beralih ke lompat bergalah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-sarah-adi.jpg
Masih segar dengan kejayaan mengejut meraih pingat emas ke-19 buat kontinjen negara menerusi acara lompat bergalah Sukan SEA Hanoi, Nor Sarah Adi mengakui bersikap terbuka untuk meneruskan kariernya dalam acara lompat bergalah dengan bersyarat.

Atlet olahraga serba boleh berusia 22 tahun itu pada asalnya merupakan atlet pecut sebelum muncul sebagai bidan terjun bagi saingan lompat bergalah di Vietnam, bulan lalu, sebelum mengejutkan ramai pihak dengan lompatan emasnya.

Dia pasti menjadikan kejayaan di Hanoi itu sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan dalam Terbuka Kazakhstan serta Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Thailand, hujung tahun ini.

"Sebelum ini saya tidak rasa yakin, tidak sampai ke tahap ini dan kejayaan dalam Sukan SEA Hanoi telah menyuntik keyakinan saya. 




"Setelah berbincang dengan jurulatih, saya akan menyertai acara lompat bergalah dalam Terbuka Kazakhstan," katanya di Bukit Jalil hari ini. 

Menurutnya lagi: "Bagaimanapun, saya masih perlu sertai acara pecut sebab ia banyak membantu saya dalam Sukan SEA lalu. 

"Ia memberi kelebihan besar untuk lonjakan selain boleh meningkatkan kadar ketahanan saya.

"Buat masa ini saya akan bertanding dalam lompat bergalah sementara dalam AUG, saya akan menyertai lompat bergalah dan 100m."

Advertisement

Must Watch Video