SUKAN LAIN
Olahraga: Nor Sarah belum boleh guna galah baru di Taiwan
Pemenang pingat emas lompat bergalah Sukan SEA Hanoi, Nor Sarah Adi, enggan meletakkan sasaran tinggi dalam saingan pertamanya tahun ini -- Kejohanan Olahraga Tertutup Taiwan yang bermula Rabu depan.
Sebaliknya Nor Sarah menjadikan kejohanan kompetitif itu sebagai medan kayu pengukur prestasinya menjelang Sukan SEA Kemboja, apatah lagi ini merupakan kejohanan pertama sejak berpisah dengan jurulatih, Manshahar Abdul Jalil.
Memandangkan Kejohanan Tertutup Taiwan ini berlangsung di dalam dewan, Nor Sarah tidak dapat mempraktikkan teknik larian serta menggunakan galah baru, dan situasi ini membuatkan atlet berusia 22 tahun itu terikat dengan teknik larian lama.
Iklan
"Saya akan tetap cuba yang terbaik di Taiwan demi mendapatkan catatan yang baik di dalam dewan.
"Selepas habis kejohanan di Taiwan barulah saya buat persediaan dengan galah dan teknik larian baru -- barulah ia akan memberikan saya keyakinan.
"Selepas itu sama ada meletakkan saya dalam Sukan SEA atau tidak, terpulang," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Must-Watch Video