OLAHRAGA
Olahraga MSSM: Marissa Maisyara mahu sumbang pingat buat Terengganu
Marissa Maisyara Mazlan bertekad menebus kegagalannya terlepas dua pingat emas Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun lalu.
Terengganu akan turun di Stadium Perak, Ipoh, esok berbekalkan reputasi sebagai juara 4x400 meter Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Ogos lalu.
"Saya nak buktikan yang saya boleh pergi lebih jauh, masih banyak kejohanan dan saya mahu buat rekod peribadi terbaik selain merangkul pingat. Saya ingin membanggakan ibu bapa, dan tahun ini dapat lakukan yang terbaik buat Terengganu," kata Marissa Maisyara Mazlan.
Rakan sepasukannya, Aliya Najihah Muda yang bersemangat untuk mengerahkan segala kudratnnya dalam penampilan terakhir kancah itu.
Dengan salah satu sasarannya juga adalah mengungguli saingan individu 400m berpagar wanita B-18.
"Untuk MSSM tahun ini saya letak sasaran emas kerana ini merupakan tahun terakhir saya. Persediaan telah saya lakukan sejak Ogos lagi, selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2024 saya telah melakukan persediaan dengan bantuan jurulatih." tambah Aliya Najihah Muda.