OLAHRAGA
Olahraga MSSM: Sayyid Amin masih belum puas hati prestasi semasa
Dalam saingan final 400 meter lelaki B-18 tahun, atlet Majlis Sekolah Sukan Pulau Pinang yang masih baru bersaing di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2024 pada Ogos, Sayyid Amin Roslan, berjaya mengungguli larian dengan catatan masa 48.43s.
Begitupun, Sayyid masih belum berpuas hati dengan apa yang dilakukannya di MSSM 2024, dan mengharapkan peluang terakhir saingan tahun hadapan, dia mampu untuk sekurang-kurangnya memecah rekod kejohanan.
"Setiap orang ada satu tahap untuk memecahkan rekod, jadi saya tidak berpuas hati kerana tidak dapat lakukan perkara itu. Tetapi saya bersyukur kerana ini apa yang sudah ditentukan oleh Dia." katanya.
Must-Watch Video