OLAHRAGA
Olahraga MSSM: Kasut koyak jejas larian Fiross Faizal
Kasut koyak menjadi salah satu punca Muhammad Fiross Mohd Faizal menelan kekecewaannya sekadar meraih pingat perak dalam penampilan terakhir dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 dalam acara 110 meter lari berpagar.
Perkara itu itu jelas menggugat keselesaannya ketika berlari, sekali gus merencatkan misi meraih podium tertinggi kejohanan tersebut.
"Mungkin saya berehat terlampau lama jadi momentum tersebut sedikit lari, namun sebenarnya tiada masalah.
Iklan
"Tekanan dan banyak perlanggaran dengan pagar jadi antara punca.
"Material kasut ini memang senang koyak dan tidak tahan lama seterusnya perlu mengasingkan kasut untuk pertandingan dan latihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Ibunya, Dazlina Deena Salihin, berharap ada yang sudi memberi bantuan buat anaknya supaya mendapatkan sokongan terbaik ketika menjadi bakat besar mengharumkan arena olahraga negara.
"Kami pun golongan marhaen jadi apa yang ada kami pakai sahaja tetapi jika diberi bantuan, Alhamdulillah," ulasnya.
Must-Watch Video