Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga MSSM: Hazriq puas hati saingi catatan 110 meter berpagar atlet Jamaica

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazriq-cik-mat-kilau.jpg
Hari kedua Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) digemparkan dengan kejayaan Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau yang memecahkan rekod Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN dalam acara 110 meter berpagar hari ini.

Hazriq mengejutkan ramai pihak di balapan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, apabila merekodkan 13.46saat dalam separuh akhir, sekali gus memahat namanya selaku atlet kedua terbaik di Asia dan ke-13 dunia. 

Dia meneruskan kederasannnya untuk mengungguli final dengan catatan 13.49s sambil menjelaskan ia dipengaruhi oleh teknik langkahannya.

"Acara berpagar ini sebenarnya tidak perlu lompat cuma langkah sahaja. 

"Kalau lompat kita jadi terapung dan terlambat di udara. 

"Saya sebenarnya tidak sangka untuk dapat nombor dua Asia, sebaliknya dalam Sukan Komanwel Remaja di Trinidad & Tobago, saya mengintai catatan pemenang nombor tiga dari Jamaica yang melakukan 13.40s. 

"Saya telah berjaya buktikan di peringkat saringan dan boleh bersaing dengan pelari Jamaica," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video