Olahraga MSSM: Harith Haikal gondol pingat emas ketepikan Fiross Faizal

Najmi Iman
Oktober 21, 2024 20:02 MYT
Harith Haikal muncul pelari terpantas acara 110 meter lari berpagar Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 selepas menewaskan Muhammad Fiross Mohd Faizal dalam perlumbaan akhir di Stadium Ipoh, Perak.
Catatan 13.24 saat menjadi bukti kejayaannya mengungguli saingan akhir seterusnya membutirkan kilauan pingat emas buat MSS Johor.
"Sebelum ini, saya menerima tekanan buruk sehingga satu tahap ingin berlatih pun rasa susah.
"Sekarang, Alhamdulillah sokongan daripada mak ayah, rakan-rakan dan jurulatih, saya dapat bimbingan yang baik," katanya.
Sementara itu, Farah Syakira mengetepikan cabaran juara bertahan, Fatin Nashira, untuk muncul juara acara 100m lari berpagar wanita.
"Saya sangat berbangga kerana mak ayah hadir berikan sokongan meskipun bukan rekod peribadi terbaik," katanya.
#Olahraga #MSSM #Majlis Sukan Sekolah Malaysia #Harith Haikal #110m lari berpagar
;