Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Kuartet 4x100 meter cipta rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga.jpg
Kuartet 4x100 meter lelaki negara terlepas peluang untuk meraih pingat, namun berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang diperbaharui bulan lalu dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Rekod kebangsaan sebelum ini adalah 39.62 saat, namun gandingan Badrul Hisham Abdul Manap, Jonathan Nyepa, Nixon Kennedy dan Mohd Haiqal Hanafi berjaya memecahkan rekod tersebut dengan catatan 39.27s.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan kehebatan kuartet Thailand yang mencatat masa 38.90s untuk meraih emas dan Indonesia perak (39.05s).

Sementara itu, acara 4x100m wanita menyaksikan Malaysia terlepas untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa selepas sekadar mencatat masa 45.39s untuk berada di kedudukan kelima.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video