Atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi, meluahkan kekecewaannya selepas terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dalam Dewan Asia yang bermula 21 Februari depan.
Ia susulan kecederaan buku lali kanan yang masih belum pulih sepenuhnya.
Nor Sarah kini fokus terhadap fasa pemulihannya dan sempat pulang ke kampung halaman bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya esok.
Nor Sarah akan memulakan kalendar tahun ini menerusi Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Dalam Dewan Taiwan pada 20 Mac.
"Kecederaan saya belum pulih lagi jadi kami memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai kejohanan di Iran.
"Jadi saya ambil kesempatan ini meluangkan masa bersama ibu dan semoga doanya mampu memacu karier saya," katanya.