Cabaran lebih sukar menanti atlet negara dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November sehingga 11 Disember depan selepas pelari pecut Indonesia, Lalu Muhammad Zohri Lalu Ahmad Yani, mengungguli acara 100 meter dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Zohri mencatat larian 10.20 saat untuk menewaskan wakil tuan rumah, Muhd Zulfiqar Ismail, di tempat kedua dengan catatan masa 10.41 saat manakala jaguh pecut Taiwan, Wei-hsu Wang, di tempat ketiga.
Nyata, catatan yang dilakukannya itu menghampiri catatan terbaiknya, 10.18 saat, yang juga merupakan rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan.
Zulfiqar yang turun selaku atlet bukan pilihan pula tidak menyangka mampu menaiki podium tatkala tumpuan pastinya lebih terarah kepada Nixson Kennedy dan Russel Alexander Nasir Taib yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dan kelapan.
Harapan atlet pecut wanita negara, Siti Fatimah Mohamad, untuk meraih pingat emas di laman sendiri disekat atlet dari Kyrgyzstan, Anna Bulanova, dan Hu Chia Chen dari Taiwan.
Siti Fatimah menduduki tempat ketiga dengan catatan 11.91 saat, didahului oleh Chia Chen di tangga kedua dengan catatan 11.89 saat manakala pemenang emas, Bulanova, dengan catatan 11.75 saat.
"Sasaran sebenar saya belum tercapai tetapi saya bersyukur kerana dapat merakamkan catatan di bawah 12 saat.
"Saya gagal melakukannya tahun lepas tetapi saya berazam untuk menampilkan larian konsisten. Jadi ini adalah permulaan yang baik buat tahun ini dan berharap catatan lebih baik.
"Lagipun saya belum di kemuncak prestasi," kata Siti Fatimah.
KEPUTUSAN
Lelaki:
Lempar Cakera:
EMAS: Musab Ibrahim Mohammad Momani (JOR) 56.16 meter
PERAK: Lee Hyun-Jae (KOR) 53.83m
GANGSA: Abdul Rahman Lee (MAS) 50.03m
100m:
EMAS : Lalu Muhammad Zohri (INA) 10.20 saat
PERAK: Muhd Zulfiqar Ismail (MAS) 10.41s
GANGSA: Wei-Hsu Wang (TPE) 10.44s
Lompat Jauh:
EMAS: Sapwaturrahman (INA) 7.97 meter
PERAK: Andre Anuar (MAS) 7.72m
GANGSA: Joo Eun Jae (KOR) 7.69m
Lontar Peluru:
EMAS: Ivan Ivanov (KAZ) 19.53 meter
PERAK: Jung Ilwoo (KOR) 19.08m
GANGSA: Musab Ibrahim (JOR) 17.80m
400m Lari Berpagar:
EMAS: Chieh Chen (TPE) 49.77 saat
PERAK: Ming-Yang Peng (TPE) 50.19s
GANGSA: Chia-Hsuan Yu (TPE) 51.33s
Wanita:
Lompat Bergalah:
EMAS: Vislobokova Yaroslava (KAZ) 3.65 meter
PERAK: Puteri Nur Adillah Shik Azizir Rahman (MAS) 3.45m
GANGSA: Nurul Fitriyana Abd Rani (MAS) 3.15m
400m Lari Berpagar:
EMAS: Mandy Goh Li (MAS) 1:04.91 saat
PERAK: Nurul Faiza Asma Mazlan (MAS) 1:08.33s
GANGSA: Saidatul Izzati Suhaimi (MAS) 1:08.61s
-- BERNAMA