Bukan podium yang menjadi kebimbangan raja lompat kijang negara, Hakimi Ismail, sebaliknya catatan terbaik peribadi musim ini menjadi perhatian utamanya menjelang Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia ketika dia masih tercari-cari langkah untuk layak ke Kejohanan Dunia.
Hakimi baru sahaja pulang daripada memenangi Terbuka Singapura dengan catatan 16.01 meter.
Catatan itu sebenarnya menggusarkannya memandangkan had kelayakan Kejohanan Dunia 2019 di Doha, Qatar, adalah 16.95m.
Atlet olahraga negara memiliki waktu sehingga 6 September depan untuk memburu tiket ke Doha .
"Bagi saya, yang paling penting ketika ini adalah catatan lompatan saya.
"Saya akan cuba menggunakan elemen kehadiran pesaing dan suasana pertandingan sebagai pemangkin prestasi," katanya.
Justeru, Hakimi, yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 16.77m, mengharapkan aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok akan membawa tuah seperti sewaktu dia memenangi emas Sukan SEA 2017.
"Saingan yang bakal saya hadapi nanti mungkin hadir menerusi atlet dari Korea Selatan selain pelapis negara.
"Mereka masih belum beraksi lagi pada tahun ini tetapi saya percaya lompatan kami dalam linkungan yang hampir sama.
"Semuanya bergantung kepada prestasi esok," katanya.