Pelari pecut Amerika Syarikat, Sha’Carri Richardson, gagal melayakkan diri ke final acara 200 meter Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat (AS) di Oregon apabila ketinggalan hanya 0.01 saat.
Dia menamatkan saringan di tempat keempat dengan catatan 22.56 saat, di belakang Madison Whyte yang meraih slot terakhir ke final.
Richardson masih menerima laluan automatik ke Kejohanan Dunia pada September untuk acara 100m sebagai juara bertahan, namun harapannya untuk bersaing dalam 200m kini terkubur.
Pemenang pingat perak 100m Sukan Olimpik Paris 2024 itu menamatkan minggu yang penuh kekacauan selepas ditahan berhubung dakwaan keganasan rumah tangga.
Atlet berusia 25 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma semalam selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya yang juga bintang pasukan AS, Christian Coleman.
Laporan polis menyatakan rakaman video menunjukkan Coleman ditolak ke dinding sebelum Richardson membaling sesuatu ke arahnya dan dia kemudiannya dibebaskan.
Menurut pegawai polis, Coleman enggan terlibat dalam siasatan itu dan menolak untuk dianggap sebagai mangsa, Richardson pula enggan memberi sebarang kenyataan kepada media selepas perlumbaan di Eugene, sebaliknya hanya mengucapkan, “Semoga hari anda diberkati.”
Selepas penahanannya, USA Track and Field mengeluarkan kenyataan bahawa mereka “sedar tentang laporan tersebut” tetapi tidak akan mengulas lanjut.
Dalam acara akhir 200m lelaki semalam, Coleman menamatkan perlumbaan di tempat keenam, manakala juara dunia, Noah Lyles, memenangi emas dengan masa 19.63 saat.
Dalam 200m wanita pula, Melissa Jefferson-Wooden mencatat rekod peribadi 21.84 saat untuk melengkapkan kejuaraan berganda selepas memenangi acara 100m dua hari sebelumnya.