OLAHRAGA

Olahraga Dunia rancang ujian genetik mandatori bagi atlet wanita

Adli Aidy 27/03/2025 | 08:49 MYT
Presiden Olahraga Dunia (WA), Sebastian Coe, menyifatkan atlet wanita dikehendaki untuk menjalani ujian genetik untuk bertanding dalam acara wanita.
Walaubagaimanapun, atlet wanita hanya perlu menjalani ujian itu sekali sahaja dalam kerjaya mereka untuk mengesahkan ketiadaan gen SRY (terletak di kromosom Y), yang menentukan jantina lelaki dalam manusia dan kebanyakan mamalia. Ujian ini akan melibatkan sama ada 'cheek swab' atau analisis titik darah kering.
Dalam pada itu, perdebatan mengenai kelayakan dalam acara wanita telah berlanjutan dalam sukan olahraga dan sukan lain, terutamanya berkaitan dengan kelebihan biologi yang dikaitkan dengan atlet 'transgender' dan mereka yang mempunyai perbezaan perkembangan seks (differences of sex development).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di bawah peraturan semasa WA, wanita 'transgender' yang telah melalui fasa lelaki dilarang bertanding dalam kategori wanita.
"Kami optimis akan melindungi kategori wanita dan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk melakukannya," katanya.
#Olahraga Dunia #Sebastian Coe #WA