Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Dunia: Larian juara Olimpik 1500m dibatalkan kerana tolak wakil Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hocker.jpg
Cole Hocker disingkirkan daripada final 1500m Kejohanan Olahraga Dunia selepas juara Olimpik itu didapati menolak pelari Jerman, Robert Farken, secara tidak sah dalam perlumbaan separuh akhir di Jepun semalam. 

Hocker -- yang mengatasi Josh Kerr dan Jakob Ingebrigtsen, final 1500m Sukan Olimpik di Paris tahun lalu -- didapati telah melanggar peraturan "jostling" Olahraga Dunia ketika wakil Amerika Syarikat itu memintas Farken untuk menamatkan saingan dalam kelompok enam teratas dan meraih slot automatik hari ini. 

Didorong oleh Farken yang terlepas kelayakan, kontinjen Jerman membuat rayuan sebelum nama Hocker digugurkan, manakala Farken mara ke final dan Tshepo Tshite dari Afrika Selatan melonjak ke dalam kelompok enam teratas untuk slot terakhir.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video