Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Dunia: Dalilah baharui rekod dunia 400m lari berpagar wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dalilah.jpg
Atlet Amerika Syarikat (AS), Dalilah Muhammad, memecahkan rekod dunia acara 400m lari berpagar wanita manakala tuan rumah, Qatar, meraikan pingat emas dalam acara lompat tinggi Kejohanan Olahraga Dunia 2019 menerusi Mutaz Essa Barshim.

Kejohanan di Stadium Khalifa, Doha, itu menyaksikan Dalilah memecahkan rekod dunia buat kali kedua tahun ini untuk mengungguli acara itu dengan catatan 52.16 saat.

Juara Sukan Olimpik berusia 26 tahun itu mengatasi rakan senegara, Sydney McLaughlin, manakala Rushell Clayton dari Jamaica memungut gangsa.

Dalam acara lompat tinggi lelaki pula, Barshim menceriakan penyokong tempatan setelah meraih emas dengan lompatan 2.37 meter.

Dia hampir tersingkir di ketinggian 2.33m tetapi melepasinya dalam percubaan ketiga dan terakhir.

Dua atlet Russia, Mikhail Akimenko dan Ilya Ivanyuk, pula memenangi perak dan gangsa.

Bagi acara 400m lelaki, Steven Gardiner, dari Bahamas memungut emas dengan catatan 43.48s disusuli Anthony Jose Zambrano dari Colombia dan Fred Kerley dari AS. 

Sementara itu, Conseslus Kipruto dari Kenya kekal atlet yang perlu diatasi bagi acara 3,000m berhalangan lelaki.

Bagaimanapun, kemenangan juara Sukan Olimpik 2016 dan juara dunia 2017 itu perlu ditentukan menerusi 'photo finish' selepas dicabar atlet 18 tahun dari Habsyah, Lamecha Girma, di garisan penamat.

 

Advertisement

Must Watch Video