Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Dunia: Atlet lempar cakera Australia tempelak aksi berlangsung di atas gelanggang licin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matthew-denny.jpg

Atlet Australia, Matthew Denny, meluahkan kekecewaannya terlepas pingat dalam final lempar cakera lelaki Kejohanan Olahraga Dunia yang diadakan dalam keadaan kontroversi, malam tadi. 

Denny tidak berdepan masalah dalam pusingan kelayakan dengan lontaran pertamanya memastikan tempatnya ke final.

Tetapi pemilik pingat gangsa Sukan Olimpik itu berdepan situasi berbeza berikutan hujan lebat apabila melangkah ke final buat kali keempat berturut-turut; dia bergelut untuk berdiri dan beberapa kali hampir mengalami kecederaan.



Trek yang basah dan berangin menyaksikan beberapa atlet tergelincir ketika membuat lemparan yang menyebabkan dua kali acara itu tertangguh lama.

Denny berkata gelanggang itu 'terasa seperti permukaan ais' dan peserta terpaksa menukar kasut untuk mendapatkan cengkaman demi lontaran yang sah, manakala ada cuba melemparkan sama ada dengan memakai stoking atau berkaki ayam.

Denny, yang menduduki ranking kedua dunia kemudian mengakhiri saingan di tempat keempat dengan lemparan sejauh 65.57m, namun menganggap dirinya tidak bernasib baik dan berang kerana tergelincir dalam hampir setiap percubaannya.
 
Football

Setiap Langkah Bawa Kejayaan

Kasut lari yang direka untuk sokongan & ketahanan , sesuai untuk semangat juara dalam diri anda.


Beli Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video