Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga Dalam Dewan Asia: Nor Sarah Adi mahu kembalikan momentum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-sarah-adi.jpg
Jaguh lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi, menyasarkan sekurang-kurangnya catatan 3.9 meter dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia yang akan bermula pada 21 Februari depan. 

Dengan sentuhan baru yang dijelmakan menerusi ratu lompat bergalah kebangsaan, Roslinda Samsu, Nor Sarah tetap menyambut baik keputusan tersebut meskipun sudah lama serasi bersama jurulatih sebelum ini, Manshahar Abdul Jalil.

Kejohanan kali ini akan menjadi medan pemanas badan menuju ke kejohanan lebih besar terutama Sukan Universiti Asia yang di Surabaya dan Malang pada 25 Jun.

"Saya harap dapat kembalikan momentum untuk sekurang-sekurangnya 3.9 meter tapi tengoklah keadaannya sebab ia berlangsung di dalam dewan. 

"Jadi tengoklah keputusannya kelak berdasarkan persiapan yang saya jalani," katanya di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil hari ini. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video