Selepas berlari buat pertama kali dalam Sukan SEA Kemboja dalam tempoh empat tahun, Khairul Hafiz Jantan bertekad meningkatkan kepantasannya.

Dia mencatat 10.37 saat di peringkat saringan, lantas pelari pecut negara berumur 25 tahun itu menyasarkan kepantasan 10.10s pula dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Julai depan.

"Saya sedang ikut program yang diterapkan jurulatih, Poad Kassim.



"Sebelum ke sana, saya akan menghadapi Terbuka Olahraga Malaysia jadi daripada situ kami akan mengetahui persiapan yang lebih baik untuk diaturkan.

"Saya sasar ke final untuk menebus penyertaan saya yang sebelum ini dibatalkan," katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

The Speedy Jantan mempunyai catatan peribadi terbaik, 10.18s, yang dilakukan di Kuching pada 2016 berazam untuk kembali ke prestasi terbaiknya.