BERBASIKAL

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage

Stadium Astro
Najmi Iman
17/03/2025
01:47 MYT
Sponsor Banner
Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Hasrat melihat ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, mencipta kejutan tidak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan ketika acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Konya,Turkiye, malam tadi.
Olimpian negara itu seperti terlanggar bersama pelumba di hadapannya, Makaira Wallace, sebelum ingin melakukan henjutan terakhir menuju garis penamat untuk mara ke pusingan seterusnya.
Akibat perlanggaran itu, perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF (did not finish) dan situasi kecederaan masih belum diketahui.
Terdahulu, Izzah melakar sensasi apabila memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.578s dalam acara pecut individu kejohanan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video