BERBASIKAL
Nurul Izzah Izzati alih fokus kepada cabaran di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, akan meneruskan persiapannya bagi menghadapi cabaran di Turkiye, hujung minggu.
Pelumba berusia 22 tahun itu masih segar dengan kejayaannya mempertahankan pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional minggu lalu.
Dia menewaskan pencabar yang lebih handal termasuk juara dunia dari Jepun, Mina Sato
Iklan
"Saya akan berehat selama empat hari. Dan esok saya akan kembali memulakan latihan.
"Ini kerana saya mempunyai Kejohanan Negara-Negara di Konya, Turkiye, pada Ahad ini," katanya ketika hadir sebagai tetamu khas Nadi Weekend sebentar tadi.
Dalam masa sama, Sawda Hasbullah, 17, menjelaskan dia hanya akan melakukan latihan ringan sepanjang bulan puasa ini.
"Saya akan fokus kepada pembelajaran sepanjang Ramadan ini.
"Selepas Hari Raya barulah saya akan bekerja keras dalam latihan," katanya pula.
Must-Watch Video