Skip to main content

Sukan SEA

Nur Suryani lebih utamakan kelayakan ke Tokyo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-suryani-taibi.jpg
Penembak wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi, lebih mengutamakan pemburuan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 berbanding Sukan SEA Filipina, November depan.

Persiapannya lebih terarah kepada Kejohanan Kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Doha, November depan bagi mengekori jejak dua lagi penembak lain, Johnathan Wong dan Alia Sazana Azahari.

Ia selepas dia masih belum mengetahui kedudukannya dalam temasya di Filipina itu, yang berbaki kurang daripada 100 hari.

"Sukan SEA, saya masih tidak pasti, saya memang tidak tahu apa-apa.

"Sebab pemilihan belum buat lagi, Kategori A, B atau C juga tidak tahu lagi.

"Atlet juga memang bingung," katanya. 

Bagaimanapun, penembak berusia 36 tahun itu masih berharap untuk diberikan peluang untuk beraksi dalam acara 50 meter rifle prone di Filipina.

Dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu, skuad menembak negara meraih empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa daripada 12 acara yang dipertandingkan.

"Kita cuba yang terbaik lah, mana tahu, Insya-Allah.

"Prestasi sekarang Alhamdulillah, ada peningkatan daripada segi teknikal.

"Sebab saya banyak dapat bantuan daripada jurulatih tempatan yang sanggup membantu saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video