Skip to main content

Sepak Takraw

NSTDP medan cipta pelapis sepak takraw negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm.jpg
Satu lembaran baharu buat sepak takraw negara apabila sukan itu melancarkan National Sepak Takraw Development Program (NSTDP) menandakan sukan tersebut sedang berkembang pesat di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, ia satu permulaan kepada perkara yang lebih besar pada masa akan datang.

Pelancaran inisiatif itu menerima sokongan daripada Kementerian Belia dan Sokongan (KBS) yang menyalurkan peruntukan RM1.5 juta setahun demi perjalanan pembangunan itu.




"Saya tidak mahu apabila NSTDP ini dijalankan, terdapat permasalahan yang berlaku dan menjurus kepada impak yang tidak berjaya.

"Sebab itu saya mengambil langkah awal daripada akar umbi untuk merasai NSTDP ini secara langsung dapat mengembangkan sukan ini di pelosok negara," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video